Home » Profil MRHP
Pada tahun 1970, Allahyarham Dr Nik Omar telah pergi ke Pakistan dan menyambung pelajaran dalam bidang Homeopati di Pakistan Homeopathic Medical College & Hospital, Lahore dan telah menamatkan pengajian dan lulus pada tahun 1975. Selepas itu beliau telah pergi ke London dan telah dimasukkan ke hospital iaitu School of Chiropody, Fitzroy Square London. Pada waktu petang beliau telah menjalankan praktikal Homeopati di Kilburn High Street, London dan beliau telah pulang ke Malaysia pada tahun 1977 dan memulakan klinik Homeopati Moden pertamanya di Kota Bharu, Kelantan.
Pada Tahun 1979, beliau telah mengorak langkah lebih jauh dengan memulakan sekolah homeopati pertama di Malaysia yang diberi nama The Faculty of Homepathy Malaysia. Bermula dengan tujuh pelajar pada tahun 1979, sehingga 2009 lulusan fakulti ini telah berjumlah lebih daripada 3000 orang. Pelajar-pelajar terdiri daripada mereka dari dalam dan luar negara.
Setelah itu, sebagai langkah untuk memajukan Homeopati serta mengembangkan homeopati di Malaysia, Allahyarham Dr Nik Omar telah mengasaskan organisasi Homeopati Nasional yang pertama dibawah nama “Persatuan Pengamal Perubatan Homeopati Berdaftar –MRHP) pada tahun 1984. Organisasi ini digazetkan oleh Parlimen Malaysia NO 1048/84 pada 23 Julai 1985. MRHP menjadi organisasi homeopati pertama dan paling aktif di Malaysia dan seluruh dunia. Di bawah kepimpinan beliau, MRHP mempunyai rekod paling aktif serta membanggakan. Sehingga tahun 2021, MRHP pernah dan telah menganjurkan 28 seminar peringkat nasional dan 9 Persidangan Antarabangsa.
MISI DAN VISI
* Untuk menyatukan semua homeopati di bawah satu persatuan
* Untuk mempromosikan homeopati di Malaysia dan di seluruh dunia
* Untuk mendidik orang ramai mengenai homeopati
* Menubuhkan kolej dan hospital homeopati
(Kami mencapainya melalui kolej kami, Fakulti Homeopati Malaysia & Hospital di Pasir
Mas, Kelantan di atas tanah seluas 10 ekar dengan kos RM 3.5 juta)
* Meningkatkan taraf homeopati di Malaysia
* Mengendalikan kursus dan seminar
* Memberi khidmat sukarela kepada orang ramai
SENARAI AJK MRHP PUSAT BAGI SESI 2021/2022 DAN 2022/2023
- PRESIDEN : MOHD NASIR B. MOHD ZAIN
- TIMBALAN PRESIDEN : NIK FAIRUZ HAKIM B. NIK OMAR
- SETIAUSAHA AGUNG : NUR SHAZATUL SHAFIQA AB GAFA
- PEN. SETIAUSAHA : MOHD SHAFFII@ MOHD SHAFEI B. MUDA
- BENDAHARI : NIK BADRUL HAKIM B. NIK OMAR
- AJK : ROSLI B. MAHMOD
- AJK : MOHD YUSOF B. SIDEK
- AJK : WONG LEE MING
- AJK : MOHD YUSOF B. SAID
- AJK : YUSOF BIN RABU
- AJK : AHMAD UZAIMI B. AB MALEK
- AJK : SARAVANANPAGAVAN ANAMALAI
- AJK : ZAINUDIN ABU BAKAR
PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 : ABDUL MUHAIMIN BIN MOHD ASRI
PEMERIKSA KIRA-KIRA 2 : ZARITH NURSYIFA BINTI AHMAD UZAIMI
PEMEGANG AMANAH PERSATUAN MRHP
1) MOHD NASIR MOHD ZAIN – PRESIDEN
2) NIK FAIRUZ HAKIM B. NIK OMAR – NAIB PRESIDEN
3) NIK BADRUL HAKIM B. NIK OMAR – BENDAHARI