Hari Keluarga MRHP 2023

Persatuan Pengamal Perubatan Homeopathy Berdaftar Malaysia telah mengadakan Hari Keluarga 2023 pada 16 dan 17 Mac 2023 di Sudara Beach Resort. Program santai bersama keluarga ini bermula dengan aktiviti makan malam dan bbq pada 16 Mac 2023 jam 6.30 petang. Pada 17 Mac 2023 pula telah berlangsungnya sukaneka untuk semua ahli keluarga MRHP. Pelbagai aktiviti sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa telah dijalankan pada hari tersebut. Antaranya sukaneka yang diadakan seperti tiup belon, bawa bola pingpong dalam sudu, kutip gula-gula, isi air dalam botol dan macam-macam lagi. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Presiden MRHP, H/Dr mohd Nasir Bin Mohd Zain setelah berakhirnya sukaneka.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top