Pihak persatuan telah mengadakan Mesyuarat Agung tahunan pada 4/4/2021 bertempat di Dewan Utama Nik Omar, Meru Klang. Mesyuarat kali ini telah diadakan dalam penuh kesederhanaan oleh kerana negara masih belum bebas dari pandemik yang melanda. Namun begitu, kehadiran ahli adalah cukup korum.
Majlis dimulai dengan ucapan aluan daripada Timbalan Presiden En. Nik Fairuz Hakim Bin Nik Omar. Beliau menyampaikan beberapa amanat daripada tuan Presiden.
Antara agenda penting pada tahun ini ialah pemilihan Ahli Jawatankuasa baru bagi tahun 2021/2023. Tahniah diucapkan kepada ajk-ajak baru yang terpilih.