Pada 30 Julai 2023, MRHP telah menghantar wakil ke Hari Terbuka Pusat Komuniti Desa Paya Jaras kali ke-4. Pada hari tersebut, MRHP telah mengadakan program pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan rawatan homeopati secara percuma kepada mereka yang hadir. Selain daripada itu, sebagai tambahan turut diadakan rawatan akupuntur secara percuma. Mereka yang hadir diberikan pemeriksaan tekanan darah dan gula dalam darah secara percuma. Selepas itu mereka diberikan konsultasi dan rawatan serta ubatan secaran percuma.
Untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan saraf, mereka akan di beri rawatan akupuntur oleh perawat-perawat yang bertauliah.
Turut serta di program ini ialah pembantu perawat daripada Pusat Homepati & Akupuntur Shah Alam dan cawangan Rawang yang membantu melancarkan lagi program pada hari tersebut. Program yang bermula jam 9 pagi dan berkahir pada jam 2 petang telah mendapat sambutan hangat daripada khususnya masyarakat setempat.




